Assalamualaikum...

Selamat Datang

Thursday 26 September 2013

 

Dunia Seni Visual Tahun 1

Sesi pembelajaran dan pengajaran pertama.. ajar seni visual.. sangat 'enjoy' dengan murid-murid yang sangat berdisiplin dan rajin.

Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, semua murid mempunyai bakat seni masing-masing. Walaupun hanya renjis-renjis dan main cap2 je.. memang semua hasil kerja murid cantik.

Sesi hari ini dapat dilaksanakan dengan baik seperti dirancang.. Alhamdulillah.. Murid sememangnya perlu diberi peluang untuk meluahkan fikiran mereka melalui pelbagai cara. Salah satu caranya, guna lukisan. Menarik!..

Walaupun masih banyak kelemahan saya dalam mengajar seni visual, namun tunjuk ajar rakan guru dan rujukan lain banyak membantu membuka minda. 'Thanks a lot!'

Minggu depan nak ajar teknik lukisan lain.. mana tau boleh cungkil bakat2 seni mereka lagi.. :)

Monday 18 June 2012

Sejauh manakah proses berkomunikasi dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah?


Sejauh manakah proses berkomunikasi dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah?

Disediakan oleh Siti Farah Idayu binti Madi 

Pendahuluan


Komunikasi adalah pertukaran pendapat atau maklumat yang memberi kefahaman yang sama, keyakinan, dan membina hubungan sosial secara efektif, (Beisler, Scheeres & Pinner,1990). Menurut Lai (2002), komunikasi membolehkan individu bekerjasama secara kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah. Ee (1996) pula menjelaskan kemahiran komunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kesimpulannya, komunikasi adalah medan untuk menyampaikan maklumat, menyelesaikan sesuatu permasalahan, dan menggalakkan hubungan sosial yang baik. Proses komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah merupakan salah satu proses penting dalam menggalakkan pembelajaran secara aktif, membantu meningkatkan kefahaman dan membina motivasi murid.


Menggalakkan pembelajaran secara aktif



Pembelajaran secara aktif melibatkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk menarik minat murid mempelajari Matematik. Antaranya, strategi kerja berkumpulan, penilaian secara serta-merta, perbincangan, pernyataan masalah, pembelajaran kooperatif, dan pembelajaran secara berpasangan, (Silberman,1996). Berdasarkan pengalaman lalu, saya telah memilih strategi memberi penyataan masalah bagi menggalakkan proses komunikasi dalam bilik darjah.


Saya bersetuju dengan Nesarmala (2005) bahawa kaedah memberi pernyataan masalah dengan teknik penyoalan yang betul membantu murid berfikir dan memberi respon secara serta-merta. Melalui pengalaman saya mengajar murid topik pembahagian nombor perpuluhan, saya memulakan set induksi dengan mengutarakan pernyataan masalah ‘13 ÷ 10, 614 ÷ 100, 523 047 ÷ 1 000 dan 7 ÷ 24’ satu per satu bagi merangsang murid berfikir. Hasilnya, murid diperhatikan berusaha berfikir mencari jawapan dan memberi respon secara langsung. 


Selain itu, melaksanakan pembelajaran secara kooperatif pula membantu murid-murid lemah mempelajari sesuatu kemahiran daripada rakan sekumpulan. Komunikasi antara rakan sekumpulan menggalakkan nilai kerjasama di samping membolehkan murid yang lemah terlibat secara aktif dan tidak berasa terpinggir. Semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam langkah pengayaan dalam pengajaran pembahagian nombor perpuluhan, saya perhatikan murid yang lemah masing-masing daripada kumpulan berlainan mampu berinteraksi dengan baik dalam kumpulan dan memberi jawapan yang betul untuk soalan set kad floral apabila saya menyoal individu dalam kumpulan secara rawak. Apabila disoal, saya menggalakkan rakan sekumpulan masing-masing berusaha membantu individu yang terpilih untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Kaedah ini berasaskan prinsip kumpulan Kagan (1992) yang menyatakan apa yang kamu dapat adalah apa yang saya dapat. Hasilnya, murid dilihat saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk memastikan kejayaan menjadi milik kumpulan mereka.


Walaupun Withers (2011) menjelaskan bahawa komunikasi membantu menghasilkan pembelajaran yang aktif, namun daripada sudut pandangan yang lain, komunikasi sebenarnya tidak dapat menggalakkan pembelajaran yang aktif sekiranya guru gagal menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Pengalaman saya sendiri semasa menjalani Praktikum pada hari pertama yang lalu, saya melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan untuk membolehkan mereka berinteraksi dan secara tidak langsung melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Namun begitu, masalah di luar jangkaan saya berlaku apabila kelas menjadi terlalu bising dan pergerakkan murid dalam kelas adalah tidak terkawal. Situasi ini bukan sahaja membuatkan saya gagal untuk mencapai objektif pengajaran malah mengganggu kelas-kelas yang lain.   


Secara kesimpulanya, proses komunikasi dapat menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan strategi dan teknik yang sesuai. Dalam menghasilkan komunikasi yang efektif, guru perlu mahir dalam aspek pengurusan bilik darjah. Ini kerana pengurusan bilik darjah yang baik adalah guru mampu mengawal murid dengan baik semasa menjalankan aktiviti mencabar untuk meningkatkan penglibatan murid dan mengaitkan murid dengan nilai pendidikan dan perhubungan antara mereka (Ur, 1991).


Membantu meningkatkan kefahaman murid


Proses komunikasi adalah amat penting dalam meningkatkan kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui komunikasi, murid dapat memberi respon kepada guru mahupun rakan mereka dengan serta-merta. Merujuk Glasgow dan Hicks (2003) apabila murid berinteraksi dengan rakan sekumpulan semasa pembelajaran, mereka akan mendapat lebih kefahaman berbanding  melakukannya secara sendirian.


Selain itu, proses komunikasi sememangnya banyak membantu meningkatkan pemahaman murid berbanding penggunaan alat bantu mengajar yang banyak, tetapi tidak membantu pemahaman murid. Sebagai contoh, hari pertama praktikum saya membuat perancangan untuk menggunakan beberapa alat bantu mengajar dan salah satunya daripadanya adalah ‘stik smiley’. Penggunaan ‘stik smiley’ pada pendapat awal saya, ia dapat mengurangkan kebisingan dan membantu saya mengawal kelas dengan baik kerana murid hanya perlu mengangkat ‘stik smiley’ untuk membolehkan saya melihat murid yang faham atau tidak. Hakikat yang telah terjadi, murid menggunakannya tetapi saya tidak dapat mendalami masalah murid yang kurang faham. Murid hanya berpeluang memberi respon apabila ditanya. Ini jelas menunjukkan kemahiran berfikir murid tidak dapat dikembangkan apabila peluang untuk memberi respon adalah terhad.


      Walaupun komunikasi berupaya meningkatkan kefahaman murid. Ini kerana, komunikasi adalah penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat supaya tidak tersilap faham. Namun begitu, menurut Narendra Kumar (2009), komunikasi verbal akan memberi kesan negatif kepada murid sekiranya guru tidak peka dengan penggunaan bahasa dan suara guru yang tidak sesuai.


Saya bersetuju dengan pendapat tersebut kerana berdasarkan pengalaman saya mengajar matematik tahun 5, saya dapati beberapa orang murid menghadapi masalah dalam membuat perbezaaan antara simbol dan operasi yang perlu dilakukan. Saya bertindak berkomunikasi secara individual dengan salah seorang daripada mereka dan saya mengajukan soalan 2 868 × 12 dan jawapan yang diberikan adalah 2 868 ÷ 12 menggunakan kaedah ‘long division’. Saya bertanya apakah nama simbol ‘×’? Beliau menyatakan, ‘darab’. Saya menunjukkan cara menyelesaikan masalah darab itu menggunakan ‘standard form’. Dan bertanya soalan yang sama. Beliau menjawab ‘kali’. Apa yang beliau faham adalah simbol ‘×’ ada dua nama yang mempunyai makna berlainan, kali=multiplication, darab=division. Jadi jelas saya faham bahawa ini berpunca daripada masalah bahasa semasa komunikasi yang digunakan oleh guru sebelum ini adalah tidak selaras dan guru tidak membuat perkaitan antara ‘+’ dan ‘-‘ serta ‘×’ dan ‘÷’  secara jelas dan berterusan.


      Pada pandangan saya untuk mengatasi masalah tersebut, guru seharusnya peka dengan teknik, strategi dan pendekatan yang sesuai untuk membimbing murid tersebut membuat banding beza antara empat operasi asas secara berterusan. Walaupun diperhatikan komunikasi mudah dilaksanakan tetapi guru perlu merancang dengan teliti kerana proses ini memerlukan guru untuk bertindak lebih banyak daripada bercakap. (Peterson, 2011).


      Secara keseluruhannya, komunikasi dalam kumpulan membantu murid untuk mendapat kefahaman yang lebih berbanding melakukannya sendirian. Tambahan lagi komunikasi dapat membantu meningkatkan pemahaman murid berbanding penggunaan alat bantu mengajar yang banyak. Berdasarkan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), murid lebih suka berinteraksi sesama mereka berbanding mendengar guru bercakap daripada awal hingga akhir pembelajaran. Namun guru harus peka akan penggunaan bahasa, gaya dan cara penyampaian, strategi, teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membolehkan proses komunikasi memberi impak yang positif kepada murid.

Membina motivasi murid

Proses komunikasi dapat membantu membina motivasi murid. Apabila seorang guru memberi bimbingan melalui komunikasi yang baik, secara automatik murid akan berminat untuk belajar (Brown, 2001). Motivasi juga dapat dipupuk melalui aktivit-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik.


      Pelaksanaan aktiviti yang melibatkan proses komunikasi seperti aktiviti bermain, mampu meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia berupaya merangsang motivasi murid untuk berjaya dalam permainan tersebut secara tidak langsung. Ini kerana menurut Wolfgang (2004), aktiviti bermain adalah bertujuan untuk keseronokkan. Keseronokkan semasa bermain berupaya membina motivasi murid untuk minat mempelajari sesuatu khususnya Matematik.


Selain itu, komunikasi secara personal antara guru dan murid membantu guru memahami keperluan murid dengan lebih mendalam untuk membolehkan guru memberi rangsangan motivasi kepada murid. Berdasarkan pengalaman saya semasa praktikum, seorang murid saya kelihatan tidak bersemangat untuk belajar. Setelah membuat ‘Pre-Test’ saya mendapati dia lemah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas. Dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, dia adalah individu yang pendiam dan sukar memberi respon apabila ditanya berbanding kawan-kawannya yang lain. Jadi saya mendekatinya secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran, dan menggalakkannya bertanya jika dia mahu berjaya. Hasilnya, dia sering mengangkat tangan untuk bertanya apa sahaja persoalan yang muncul di fikirannya. Sekarang saya lihat dia semakin berminat untuk belajar.


Saya bersetuju dengan kenyataan Gardner dalam Noriati A. Rashid et al., (2009) iaitu setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Melalui proses komunikasi, guru dapat memahami tahap kecerdasan murid. Hasil komunikasi tersebut, guru boleh merangka dan melaksanakan pendekatan sesuai yang mampu merangsang motivasi murid yang lemah dalam Matematik untuk berani mencuba dan berjaya dalam subjek Matematik. Ini kerana, kemahiran dalam Matematik sepatutnya perlu diajar menggunakan kaedah yang sesuai dengan kecerdasan murid yang pelbagai. Guru seharusnya bijak memberi rangsangan dan peneguhan yang sesuai dengan keperluan murid bagi meningkatkan motivasi murid untuk belajar.


Imbas kembali pengalaman semasa melaksanakan langkah 1 dan langkah 2, aktiviti berpasangan menggunakan resos jalur kertas 5 cm dan 12 cm dalam pengajaran pembahagian nombor perpuluhan, saya perhatikan majoriti setiap pasangan berinteraksi dan membantu antara satu sama lain untuk mendapat ukuran yang sama dan tepat. Setiap pasangan tidak berasa malu untuk berkomunikasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah kepada pasangan masing-masing kerana tahap keupayaan mereka hampir sama. Ini membolehkan mereka bermotivasi untuk mencuba menyelesaikan masalah tanpa rasa rendah diri dan takut membuat kesalahan.

Secara keseluruhannya, proses komunikasi dapat membantu merangsang motivasi murid untuk belajar. Pemilihan dan pelaksanaan pendekatan yang tepat berasaskan kecerdasan murid adalah perlu bagi memastikan proses komunikasi dapat memangkin keupayaan dan semangat murid untuk berjaya. Selain itu, guru seharusnya prihatin dengan masalah murid dan sentiasa bertanya secara lisan atau membuat penilaian untuk melihat keupayaan murid dalam sesuatu perkara.

Kesimpulan


Oleh itu, setiap guru perlu sedar bahawa proses komunikasi adalah penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Matematik sekolah rendah. Terdapat beberapa halangan dalam melaksanakan proses komunikasi. Namun begitu, pada pendapat saya, bagi mengelakkan masalah dalam komunikasi, guru terlebih dahulu perlu mahir dalam menggunakan teknik berkomunikasi dengan tepat. Sebagai seorang bakal guru saya akan berusaha melaksanakan aktiviti berasaskan komunikasi walaupun terdapat beberapa halangan yang perlu diatasi. Jika ada kemahuan, di situ ada jalannya.



(1 543 Patah Perkataan)

Rujukan:

Beisler, F., Scheeres, H. & Pinner, D.. (1990). Comunication skills. Melbourne: Pitman

Brown, H.D. (2001). Teaching by principles: an interactive approach to language pedagogy. (2nd ed.). New York: Longman.

C.H. Wolfgang. (2004). Child guidance through play: teaching positive social behaviours ages 2-7. Boston, M: Allyn and Bacon.

Ee, Ah Meng. (1996). Pendidikan di malaysia 1. Selangor:  Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Glasgow, N.A. & Hicks, C.D..(2003). What successful teacher do: 91 research-based classroom strategies for new and veteran teacher. United State of America: Corwin Press.

Kagan, S. (1992). Cooperative learning. San Clemente, CA: Kagan Cooperative Learning.

Lai, Kim Leong. (2002). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Diakses pada mac 16, 2011 daripada http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/lai.PDF

Narenda Kumar. (2009). Punca masalah komunikasi dalam bilik darjah. Diakses pada Mac 16 2011, daripada rujuknota.blogspot.com/.../punca-masalah-komunikasi-dalam-bilik.html

Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan & Teh, Soo Choon. (2005). ELT Methodology principles and practise. (2nd ed.). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Noriati A.Rashid, Boon, Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. Selangor, Malaysia: Laser Press Sdn. Bhd.

Peterson, S. (2011). Effective communication tips for the classroom. Diakses pada Mac 14 daripada http://www.ehow.com/way_5171235_effective-communication-tips-classroom.html

Silberman, M. (1996). Active learning: 101 strategies to teach any subject. United State: Allyn & Bacon.

Ur, P. (1991). A course in language teaching: practice and theory. Cambridge

Withers, J. (2011). Classroom communication techniques. Diakses pada Mac 14, 2011 daripada http://www.ehow.com/way_5544498_classroom-communication-techniques.html

Bagaimana pentingnya penilaian diagnostik Matematik dapat membantu pembelajaran murid-murid sekolah rendah?


Bagaimana pentingnya penilaian diagnostik Matematik dapat membantu pembelajaran murid-murid sekolah rendah?

Disediakan oleh Siti Farah Idayu binti Madi


Pendahuluan

Penilaian dignostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid (Mohd Shukri Saad, 2008). Kajian Halim, Subahan Meerah & Lilia Halim (2009) menjelaskan penilaian diagnostik bertujuan untuk mendignosis salah konsep murid dan menggunakan hasil ujian untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran. Stiggins (1994) menyatakan bahawa penilaian diagnostik adalah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti pencapaian murid. Kesimpulannya, penilaian dignostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengenalpasti punca kesilapan murid dengan terperinci untuk meningkatkan pencapaian murid melalui penambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalam pembelajaran Matematik, penilaian dignostik adalah penting untuk mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid dalam pembelajaran, membantu murid menjalani program pemulihan dengan berkesan dan sebagai motivasi intrinsik kepada murid untuk meneruskan pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid

Kepentingan utama penilaian diagnostik adalah membantu pembelajaran murid melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid. Ini kerana, menurut Ronis (1999) penilaian melalui pemerhatian dan bertulis mampu membantu guru mengenalpasti tahap pencapaian murid. Berdasarkan pengalaman lalu, saya telah melaksanakan ujian diagnostik yang merangkumi beberapa topik dalam Matematik tahun 4 bagi mengenalpasti salah anggapan, kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan punca murid lemah Matematik.

            Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati murid saya mengalami masalah dalam melakukan pendaraban dengan betul. Walaupun sebelum ini saya beranggapan murid gagal dalam Matematik disebabkan oleh kurang faham tajuk tertentu namun, punca utama masalah ini berlaku disebabkan oleh murid tidak menguasai kemahiran asas dalam Matematik. Ini jelas membuktikan kajian Seah (2004) yang menyatakan ramai murid bermasalah dalam Matematik disebabkan oleh mereka mempunyai kefahaman yang terhad dalam konsep asas.

            Selain itu, keputusan ujian diagnostik membantu mengenalpasti kelemahan murid dalam menyelesaikan soalan Matematik. Saya bersetuju dengan Cockburn (1999), yang menyatakan kadang kala ramai murid mendapat markah rendah dalam ujian Matematik disebabkan oleh kecuaian semasa menjawab. Pengalaman selepas melaksanakan ujian saringan, saya dapati hampir separuh murid mendapat markah rendah. Namun begitu, setelah disemak dengan teliti saya mendapati ia berpunca daripada kecuaian semasa menjawab. Setelah melakukan analisis ujian diagnostik, saya mendapati hanya segelintir murid gagal menjawab dengan betul disebabkan oleh keliru dalam memahami soalan, salah anggap tentang nilai tempat, gagal memilih algoritma sesuai, lemah dalam memahami soalan bentuk berayat dan kecuaian semasa menulis jawapan.

            Walaupun penilaian dignostik membantu mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid, namun ia tidak membantu sekiranya guru gagal menentukan objektif ujian, kemahiran yang hendak diuji, bagaimana hendak menguji individu atau kumpulan dan kumpulan sasaran (Mohd Shukri Saad, 2008). Pengalaman semasa awal praktikum, saya telah cuba melaksanakan ujian dignostik untuk murid tahun 4 kelas sederhana namun tidak berjaya. Ini berpunca daripada kelemahan saya dalam menyediakan soalan ujian yang sesuai dengan objektif, tahap perkembangan kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid. Kesan ujian tersebut menunjukkan saya gagal mengenalpasti murid yang lemah kerana prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi. Hasil daripada itu, saya menguji soalan tersebut dengan mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, ternyata soalan tersebut adalah buruk, tidak diterima dan perlu dibuang.

             Kesimpulannya, ujian dignostik dapat membantu pembelajaran murid melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid. Namun begitu, guru harus bijak dalam menentukan objektif ujian dan mahir menyediakan soalan yang sesuai dengan murid. Justeru, setiap guru haruslah merancang dengan teliti kerana mengenalpasti kelemahan murid memerlukan guru bertindak lebih banyak daripada bercakap. (Peterson, 2011).

Membantu murid menjalani program pemulihan berkesan

Penilaian diagnostik penting untuk membantu murid menjalani program pemulihan berkesan. Melalui ujian tersebut, guru akan memilih murid yang berjaya pada akhir pembelajaran dan membantu melaksanakan program pemulihan untuk murid yang lemah (Motkhtar Ismail, 2009). Hasil penilaian diagnostik membantu memulihkan murid melalui penggunaan model hubungkait sebagai rujukan sebelum membuat rancangan mengajar, memilih algoritma yang sesuai dengan murid dan menggunakan bahan bantu mengajar yang efektif.

            Menurut Tighe (1997), sekiranya guru ingin meningkatkan pencapaian murid, guru haruslah bijak merancang pengajaran menerusi penggunaan model hubungkait seperti dalam rajah 1. Penggunaan model ini membantu guru membuat hubungkait dengan jelas akan keperluan murid, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid. Hubungkait yang tepat dapat menghasilkan program pemulihan yang berkesan untuk murid. Berdasarkan pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya telah merancang pengajaran dengan menggunakan model tersebut. Hasilnya, saya dapat perhatikan murid dapat memahami konsep darab dengan lebih jelas menggunakan bahan konkrit yang ada di persekitarannya.


    




Selain itu, hasil penilaian diagnostik membantu mengenalpasti teknik penyelesaian yang digunakan oleh murid. Umumnya, hampir kesemua murid menggunakan penyelesaian standard untuk masalah darab. Saya membuat penelitian dengan memilih teknik penyelesaian lain untuk masalah darab seperti dalam Rajah 2. Ini kerana, merujuk Gardner (1983) untuk mengatasi masalah pembelajaran, guru haruslah memilih teknik yang sesuai dengan murid di samping peka dengan kecerdasan pelbagai yang mereka miliki.

Tambahan lagi, hasil penilaian diagnostik membantu membantu murid yang lemah melalui penggunaan alat bantu mengajar yang efektif (Meor Ibrahim Kamaruddin & Afidah Ngadalan 2010). Merujuk kepada pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya menggunakan bahan konkrit untuk memberi penerangan yang lebih jelas tentang asas pendaraban. Menggunakan sarang telur dan beberapa biji guli, saya menerangkan konsep penambahan berulang yang menjadi asas kepada pendaraban dan makna ganda. Kesannya, murid tersebut diperhatikan dapat memahami konsep asas pendaraban dan makna ganda dengan lebih mudah dan cepat. Morris (2009) menyatakan bahawa murid akan belajar dengan mudah dan cepat melalui aktiviti yang membolehkan mereka menggunakan sendiri bahan tersebut.

            Walaupun penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program pemulihan yang berkesan namun begitu, masalah akan timbul sekiranya guru gagal mengenalpasti potensi murid semasa membuat perancangan. Berdasarkan Bloom (1956), proses pengajaran tidak akan berkesan sekiranya guru gagal mengetahui tahap perkembangan minda murid. Ini pernah saya alami semasa praktikum di mana murid darjah 2 sukar memahami cara melakukan pembahagian menggunakan algoritma standard. Saya sedar bahawa saya seharusnya menggunakan bahan konkrit terlebih dahulu sebelum menggunakan algoritma standard.

            Kesimpulannya, penilaian diagnostik membantu guru melaksanakan program pemulihan berkesan. Akan tetapi, guru harus bijak membuat perancangan di samping peka dengan perkembangan murid. Untuk memantapkan aktiviti pemulihan, guru harus sentiasa peka dengan keperluan murid (Noriati A. Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009).

Merangsang motivasi intrinsik murid

Penilaian diagnostik dapat membantu merangsang motivasi intrinsik murid melalui aktiviti pemulihan yang menggalakkan penglibatan aktif seperti pernyataan masalah, penggunaan strategi bermain sambil belajar dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan murid. Motivasi intrinsik juga dapat dibina melalui pengalaman yang diperoleh semasa belajar (Caine & Caine, 1994).

            Berdasarkan pengalaman semasa praktikum, hasil penilaian diagnostik membantu saya merangsang motivasi murid untuk belajar melalui pelaksanaan aktiviti pemulihan. Ternyata murid pemulihan melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti menggunakan bahan konkrit yang berkait rapat dengan persekitaran mereka. Tambahan lagi, murid dapat menjawab dengan tepat apabila ditanya. Merujuk kepada Silberman (1996), strategi pernyataan masalah dan menggunakan bahan konkrit adalah antara aktiviti yang sesuai untuk menggalakkan pembelajaran aktif di samping merangsang motivasi intrinsik murid untuk belajar.

            Saya bersetuju dengan Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan, and Teh (2005) bahawa strategi pernyataan masalah dengan teknik yang betul membantu guru mengenalpasti punca kesalahan murid. Imbas kembali pengalaman semasa melaksanakan aktiviti pemulihan, saya mengajukan murid beberapa soalan sebelum memberi mereka bahan konkrit untuk membantu meningkatkan pemahaman mereka. Amat mengejutkan saya apabila murid tersebut ternyata keliru dengan operasi sebenar yang perlu dilakukan. Murid tersebut keliru mengenai perkataan ‘kali’ dan ‘darab’. Baginya, ‘kali’ bermaksud ‘darab’ manakala ‘darab’ bermaksud ‘bahagi’ sedangkan kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Setelah membuat penelitian, saya mengenalpasti salah satu punca murid tersebut lemah matematik disebabkan oleh tidak faham kehendak soalan. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya menerangkan semula makna perkataan tersebut dan mengulangnya beberapa kali sehingga murid tersebut benar-benar faham maknanya. Ternyata, setelah faham maknanya, murid tersebut berasa seronok untuk belajar pendaraban.

Selain itu, menurut Noriati A. Rashid et al., (2009) penilaian dignostik membantu guru memahami keperluan murid dengan lebih mendalam untuk membolehkan guru memberi rangsangan motivasi kepadanya. Berdasarkan pengalaman saya semasa praktikum, seorang murid saya kelihatan tidak bersemangat untuk belajar. Selepas melaksanakan ujian diagnostik, saya mendapati dia lemah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas terutamanya pendaraban. Dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, dia adalah individu yang pendiam dan sukar memberi respon apabila ditanya berbanding kawan-kawannya yang lain. Jadi saya mendekatinya secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran, dan menggalakkannya bertanya jika dia mahu berjaya. Hasilnya, dia sering mengangkat tangan untuk bertanya apa sahaja persoalan yang muncul di fikirannya. Sekarang saya lihat dia semakin berminat untuk belajar.

Daripada sudut pandangan negatif, motivasi intrinsik tidak dapat dibina sekiranya pengajaran guru tidak berkualiti kerana tiada unsur-unsur kemanusiaan (Noran Fauziah Yaakob & Ahmad Mahzan Ayob, 1990). Ini saya alami sewaktu sekolah rendah, ketika itu, saya langsung tidak meminati Matematik kerana guru Matematik saya terlalu serius semasa mengajar di samping tiada hubungan mesra dengan murid.

Hakikatnya penilaian dignostik mampu merangsang motivasi intrinsik murid melalui aktiviti pemulihan yang berkesan. Namun begitu, masalah akan timbul sekiranya pengajaran guru tidak berkualiti dengan tiada unsur-unsur kemanusiaan. Oleh itu, untuk memastikan penilaian diagnostik mampu merangsang motivasi intrinsik murid guru harus meningkatkan kualiti pengajaran di samping bijak dalam melaksanakan aktiviti pemulihan kerana sekiranya guru gagal melaksana, murid juga akan gagal dalam pembelajarannya (Slavin, 1981).

Kesimpulan

Keseluruhannya, penilaian dignostik mampu membantu pembelajaran murid melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kelemahan murid dalam Matematik di samping membantu murid menjalani program pemulihan berkesan dan merangsang motivasi intrinsik murid. Akan tetapi, guru haruslah bijak mengatasi segala halangan yang ada dengan meningkatkan ilmu pengetahuan untuk memilih strategi dan teknik pengajaran sesuai serta sentiasa peka dengan keperluan, pengetahuan sedia ada dan persekitaran murid (Johnson, Johnson & Holubec 1988). Sebagai bakal guru, saya sedar bahawa penilaian diagnostik penting untuk membantu murid lemah menguasai Matematik. Oleh itu, saya harus berusaha untuk memantapkan ilmu yang ada dan cakna mengenai murid supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.

(1 599 Patah Perkataan)



Rujukan

Bloom, B. (1956). Taxonomy of educational objectives. New York: David McKay.

Caine, R.N. & Caine, G. (1994). Making connections: teaching the human brain. Don Mills, ON: Addison.

Cockburn, A. D. (1999). Teaching mathematics with insight: the identification, diagnosis dan demediation of young children’s mathematical errors. London: Falmer Press.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: the theory of multiple intelligences. New York: Basic Books

Halim, A., Subahan Meerah & Lilia Halim. (2009). Pembinaan dan penggunaan ujian dignostik ke arah mengenal pasti salah konsep pelajar dalam kursus fizik kuantum. Diakses pada Ogos 8, 2011, daripada http://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-38-4-2009/15%20Abdul%20Halim.pdf

Johnson, D.W., Johnson, R.T. & Holubec, E. (1988). Cooperative in classroom. Edina, MN: Interaction.


Meor Ibrahim Kamaruddin & Afidah Ngadalan. (2010). Diagnosis kesalahan lazim dalam tajuk bentuk piawai di kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah johor bharu. Diakses pada Ogos 18, 2011, daripada http://eprints.utm.my/11644/1/Diagnosis_Kesalahan_Lazim_Dalam_Tajuk_Bentuk_Piawai_Di_Kalangan_Pelajar_Tingkatan_Empat_Sekolah_Menengah_Johor_Bahru.pdf

Mohd Shukri Saad. (2008). Program pemulihan khas: ujian diagnostik. Diakses pada September 3, 2011, daripada http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/ujian-diagnostik.html

Mokhtar Ismail. (2009). 2nd edition. Pentaksiran pendidikan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd..

Morris, D. (2009, June 3). Dreambox Learning. Retrived from http://www.dreambox.com/blog/learning-math-through-play-from-guest-blogger-dawn-morris

Nesamalar Chitravelu, Saratha Sithamparan & Teh, Soo Choon. (2005). ELT Methodology principles and practise. (2nd ed.). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

Noran Fauziah Yaakob & Ahmad Mahzan Ayob. (1990). Guru dan perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A.Rashid, Boon, Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor, Malaysia: Laser Press Sdn. Bhd.

Peterson, S. (2011). Effective communication tips for the classroom. Diakses pada Mac 14 daripada http://www.ehow.com/way_5171235_effective-communication-tips-classroom.html

Ronis, D. (1999). Brain compatible mathematics. United States of America: Skylight Training and Publishing Inc.

Seah, T. K. R. (2004). An investigation of the depth and breadth of students' knowledge of multiplication as a basis for the development of multiplicative thinking. Unpublished M Ed. thesis, Griffith niversity.

Silberman, M. (1996). Active learning: 101 strategies to teach any subject. United State: Allyn & Bacon.

 Slavin, R. (1981). Synthesis of research on cooperative learning. Diakses pada September, 14 daripada http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_199102_slavin.pdf

Stiggins, R.J. (1994). Student-centered classroom assessment. New York: Macmillan.

Tighe, M.J. (1997). Performance-based instruction: teaching and assessing for understanding. Orlando: Association for supervision and curriculum development.

Wednesday 26 January 2011

Tamadun Islam



ﻗﻨﺩﺍﻫﻭﻠﻭﺃﻥ


Pendahuluan
Menurut kamus bahasa dalam Mahayudin Hj, Yahya (2001), tamadun ialah perkataan Arab yang membawa maksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Perkataan modern adalah berpunca daripada perkataan tamadun. Ia koheren dengan perkataan madani. Munurut Ibn Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani adalah istilah atau nama kha yang memberi maksud ‘masyarakat’. Ia koheren dengan perkataan ‘umran’ yang bererti kemajuan dan kemakmuran. Apabila digabungkan madani dan umran maka jadilah masyarakat madani atau masyarakat yang bertamadun. Masyarakat madani yang bertamadun mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang akan dinyatakan selepas ini. Perkara yang perlu dinyatakan lebih awal di sini ialah masyarakat bandar seperti yang sering difahami pada hari ini, kerana istilah madani (bandar/kota), tetapi ia merupakan istilah khas (menurut Ibn Khaldun) yang merujuk kepada masyarakat manusia, sama ada masyarakat kota mahupun masyarakat desa. Menurut beliau, manusia adalah makhluk sosial secara semula jadi (al-insan madani bi al-tab’i). Oleh kerana masyarakat manusia sentiasa berkembang dan bergerak maju ke hadapan, maka matlamat akhirnya tidak lain ialah untuk sampai kepada sebuah masyarakat yang dikatakan masyarakat bertamadun atau masyarakat madani.
Secara umumnya pandangan semesta (world view/weltanschauung), merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer, pandangan semesta bolehlah ditafsirkan sebagai “the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world.” Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al Attas, pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.





ﺘﻤﺩﻭﻥ ﻜﻭﻥﺴﻴﻑ ﺘتعريف ﺩﺍﻥ



Takrif dan Konsep Tamadun
Daripada perspektif Islam, takrif yang dikemukakan melalui madaniyyah, umran hadarah dan tamaddun meskipun masing-masing agak berbeza, tetapi sebenarnya menemui titik persamaan daripada segi konsep tamadun, iaitu meletakkan unsur agama yang berpaksi kepada akidah, syariah dan akhlak sebagai asa dan dasar dalam pembinaan dan perkembangan tamadun.

Perspektif tamadun barat:

a)    Arnold Toynbee: tamadun ialah suatu sistem masyarakat yand dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

b)    J.K Fieblemen: tamadun ialah kepandaian dan mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi keperluan tertentu.


c)    E.B Taylor: tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

d)    Oswarld Spengeler: tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu yang membawa kepada kemajuan.


e)    Will Durant: tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.


Perspektif Tamadun Islam:

a)     Ibn Khaldun: tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkaykan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya.

b)     Muhammad Rasyid Redha: agama adalah asa tamadun. Ini kerana peningakatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

Perspektif Tamadun Melayu:

Abu Bakar Hamzah: tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).       
           

ﻛﻭﻨﺴ
ﻤﺩﻭﻥﻼﻡﻧﺎﻤﺩﻭﻥ

1.    Konsep pandangan semesta dalam Tamadun Islam;
2.    Konsep pandangan semesta dalam Tamadun China;
3.    Konsep pandangan semesta dalam Tamadun India.






1.   Konsep Pandangan Semesta dalam Tamadun Islam
Huraian:
Ibn Khaldun seorang ilmuan Islam menyatakan bahawa suasana persekitaran merupakan unsur yang terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat. Menurut Lucien Goldmann, unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun dengan tamadun lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung) yang mendasarinya.
            Albert Schweitzer pula manyatakan bahawa pandangan semesta didefinisikan sebagai ‘the some total of taught which a comminity or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world’.
            Syed Naquib al-Attas pula menyatakan bahawa pendangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu, pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjema dari hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Akidah merupakan teras utama dalam pembentukan tamadun Islam. Ini kerana, Allah s.w.t. merupakan satu-satunya tuhan yang layak disembah berdasarkan akidah tauhid. Allah s.w.t. diiktiraf dengan penuh keikhlasan sebagai Pencipta dan Pentadbir alam semesta ini. Manusia dilahirkan ke dunia sebagai khalifah untuk mentadbir segala yang ada di muka bumi ini. Martabat manusia diangkat dengan perlantikan sebagi khalifah kerana penciptaan manusia adalah yang terbaik antara ciptaan lain. Manusia adalah makhluk yang terpilih dianugerahkan akal oleh Allah s.w.t. untuk berfikir dengan baik dan mampu melaksanakan sesuatu dengan baik. induksi utama yang mentadbir alam ini adalah manusia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa manusia adalah makhluk yang terpilih kerana junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyebarkan seruan dakwah Islam adalah daripada kalangan manusia. Manusia diberikan hak untuk mentadbir alam ini. Namun demikian, manusia seharusnya memberikan hak yang sewajarnya kepada semua yang memiliki hak ke atas sesuatu hak pemberian Allah s.w.t.. Ini didasari setu hadis riwayat imam Al-Bukhari yang bermaksud:
“Sesungguhnya bagi Tuhan terhadap kamu ada haknya, bagi kamu terhadap diri kamu sendiri ada haknya, dan bagi diri kamu terhadap keluarga kamu ada haknya. Berikah setiap hak itu akan haknya.”
Kesimpulannya, pandangan semesta dalam Tamadun Islam merupakan pandangan yang didasari akidah yang merupakan teras kehidupan. Ia berpandukan kepada pemerhatian terhadap persekitaran dan seterusnya mengaitkan hasil pemerhatian yang diperoleh dengan Penciptannya. Ini akan melahirkan rasa cinta dan bersyukur kepada Allah s.w.t.

2.   Konsep Pandangan Semesta dalam Tamadun China
Huraian:
Terdapat beberapa konsep yang diutarakan dalam Konsep Pandangan Semesta Tamadun Cina. Keterangan selanjutnya adalah seperti berikut.
            Kepercayaan primitif masyarakat dalam masyarakat Cina telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kepercayaan terhadap pemujaan nenek moyang dan Tian adalah lanjutan kepada kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi. Kepercayaan animisme sememangnya satu kepercayaan yang berlandaskan alam semula jadi dan perubahan-perubahan yang berlaku di dalamnya. Kini mewujudkan jujukan konsep Tian, Di/Ti dan Dao.
            Tian merupakan satu konsep yang wujud sejak Dinasti Zhou kira-kira (1123 SM-221 SM). Maksud Tian adalah langit sebagai makhluk unggul (supreme being) yang menetukan nasib seseorang. Langit yang dimaksudkan dalam konsep Tian bukanlah langit yang biasa dilihat oleh mata kasar tetapi langit tersebut adalah simbolik kepada kewujudan syurga (heaven). Selain itu, Tian juga merujuk kepada dewa yang dipuja dan disembah. Tian dianggap sebagai makhluk unggul semasa pemerintahan Dinasti Chou. Makhluk unggul tersebut berkuasa dalam menentukan perjalanan hidup dan menentukan nasib seseorang dengan perolehan mandat daripada tuhan. Individu yang mendapat mandat daripada tuhan juga dianggap sebagai wakil tuhan untuk memerintah dan mentadbir bumi. Wakil tuhan tersebut bertanggungjawab dalam memastikan kemakmuran, keharmonian, dan kebajikan rakyat. Hak untuk memberi hukuman juga dibawah kuasanya. Tian haruslah melaksanakan tanggungjawab dan menentukan hukuman secara adil dan saksama. Jika berlaku yang sebaliknya, mandat yang telah diperoleh olehnya sebelum ini akan ditarik balik oleh tuhan. Konfusius menyatakan bahawa Tian adalah tuhan yang paling unggul.
            Tian disamakan dengan Dao dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing.  Secara harfiah, konsep Dao bermaksud jalan (the way). Daoisme dirujuk sebagai sesuatu yang agung. Dao merupakan prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya (all embracing) iaitu tempat asal-usul semua makhluk. Dao juga dianggap sebagai ibu yang melahirkan wanwu yang merupakan primodial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. Oleh sebab Dao adalah tempat asal-usul segala benda hidup, Tian dan di juga berasal daripada Dao. Namun demikian Dao menjadikan sesuatu secara spontan dan tidak mempunyai tujuan.  Menurut Kung Fu-Tze, Dao merupakan hukum moral yang perlu dipatuhi oleh seseorang. Dalam pentadbiran Dao ditakrifkan sebagai sesuatu yang menjamin kebahagiaan dan kebaikan kepada seluruh rakyat. Kesederhanaan pula diketengahkan dalam prinsip The Colden Mean (Zhongyong). Dalam prinsip ini, nilai-nilai murni yang tinggi diterapkan. Prinsip ini mengutamakan sikap saling bertoleransi antara satu sama lain dalam menguhraikan segala kekusutan yang melanda. Ini menunjukan nilai murni dalah penting dalam mewujudkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
            Yin dan Yang iaitu dua kuasa dwikutub (bipolar) yang terhasil daripada perubahan Taiji. Taiji dipetik daripada kitab Yijing (The Book of Changes). Tiada batasan diri bagi Taiji kerana Taiji merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Lima unsur (wuxing) lahir daripada pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub tersebut melalui fasa pertukaran. Lima unsur tersebut merupakan asas kepada kewujudan semua benda (material). Fasa pertukaran tersebut berlaku tanpa henti dan tiada pengakhirannya. Fenomena tersebut kan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Fasa pertukaran yang berterusan ini dikenali sebagai pergerakan dao. Ini kerana dao merupakan tempat asal-usul semua benda dan Taiji adalah salah satu unsur dalam dao. Oleh yang demikian, pergerakan dao adalah sebagai kesinambungan daripada proses pertukaran yang berlaku ke atas Yin dan Yang dalam Taiji.
            Insan merupakan sebahagian daripada Tian. Penyatuan antara insan dan Tian melahirkan konsep perpaduan antara insan dan Tian yang dikenali sebagai tian-ren heyi. Hubungan antara Tian dan insan adalah begitu rapat. Oleh yang demikian, fenomena yang luar biasa akan berlaku dalam alam semula jadi sebagai tanda kemarahan Tian sekiranya kerajaan duniawi malakukan kesalahan. Konsep ini adalah gabungan antara aliran pemikiran Yin dan Yang dan falsafah sosiopolitik Konfusianisme. Konsep ini telah dikemukankan oleh seoarang pujangga Konfusian pada zaman Dinasti Han, Dong Zhongshu sekitar 179 SM-104 SM.
            Datong atau The Grand Unity merupakan tahap keharminian masyarakat yang paling ideal. Datong merupakan utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan agung akan dapat dicapai apabila semua pihak berkongsi segala yang ada secara adil dan saksama, tiada unsur penindasan, penipuan, dan digunakan untuk kepentingan bersama. Walaupun perkara ni sukar dicapai namun, ini merupakan garis panduan kepada masyarakat cina masa kini untuk terus melakukan ynag terbaik dalam kehidupan mereka untuk mencapai Jalan Agung.



3.   Konsep Pandangan Semesta dalam Tamadun India

Huraian:
Sifat penerimaan
            Tiga zaman iaitu zaman purba, zaman pertengahan dan zaman moden atau lebih dikenali sebagai Zaman Hindu, Muslim dan British adalah pecahan kepada sejarah India. Perubahan zaman yang berlaku menyaksikan kedatangan penduduk-penduduk baru dan kemunculan budaya, tradisi, agama, falsafah, bahsa, idea dan sistem baru. Tamadun India dapat meresap, mengubah suai dan dan kekal dengan elemen-elemen dari dalam dan luar India. Hasilnya, kepelbagaian kumpulan etnik dan subetnik, berbilang agama dan budaya di samping mewujudkan perbezaan kasta ataupun taraf kehidupan individu. Ini memberi peluang dan ruang kepada pembahagian masyarakat.
            Unsur kontradikasi terhasil kesan daripada kepelbagaian dalam masyarakat. Antara unsur-unsur kontradikasi ialah kebaikab dan keburukan, toleransi dan tidak bertoleransi dan sebagainya. Namun demikian, masyarakat India tidak berpecah kerana pandangan semesta dalam tamadun India menekankan perpaduan dalam kepelbagaian yang dibantu oleh organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur disamping menentang perubahan.
            Selain itu, tamadun India telah mengembangkan pandangan semestanya yang dapat mengharmonikan sesuatu konflik dan kepelbagaian unsur dalam fenomena dunia. Ini dibentuk berasaskan sifat kerohanian. Ia menerangkan realiti seperti yang diperoleh dari peringkat dasar (ultimate) dan di peringkat duniawi. Dasar realiti adalah tidak berpenghujung dan tiada batasannya. Pada peringkat duniawi, ia dilihat sebagai bersifat majmuk dengan pelbagai nama dibentuk.
Menurut G.Sivalapan, M.Rajantheran dan R.Rajakrishnan, tiap-tiap satu pandangan semesta diakui sebagai realiti dengan unsur-unsur tersendiri di peringkat masing-masing. Walaupun perbezaan-perbezaan ini diakui sebagai satu yang berdasarkan tujuan ia wujud dalam konteksnya, mereka ini haruslah dilihat sebagai pandangan terhad. Sebenarnya mereka ini adalah manifestasi realiti mutlak, slaing berhubung antara satu sama lain sebagai elemen-elemen keseluruhan yang berbeza (differentiated totality). Tiap-tiap satu boleh menjadi tumpuan bagi memahami keseluruhan. Dengan mengidentifikasikan unsur-unsur majmuk dengan keseluruhan, konflik yang berlaku pada peringkat duniawi dapat diatasi. Jadi pendangan semesta ini menekankan sifat perpaduan pada satu peringkat dan sifat majmuk-relativisme di peringkat lain.
Pandangan semesta adalah bersesuaian dengan unsur-unsur yang kompleks yang terdapat dalam realiti sosial. Ini kerana ia bersedia untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaan-kepercayaan. Ini tidak mengganggu prinsip moral kerana ia berteraskan kepada kebenaran. Ia membenarkan manusia untuk memilih cara berfikir untuk menyelesaikan sesuatu perkara sendiri. Tetap kontradikasi tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan salah satu daripada lumrah kehidupan. Persektif ini menunjukkan cara India menerima dan mengekalkan pelbagai tradisi walaupun pandanga dan pemikiran adalah bercanggah. Ini membuktikan bahawa pandangan semesta bukan sahaja menerima kepelbagaian dan perbezaan namun, ia mehala ke arah kesepaduan antara masyarakat untuk hidup bersama dalam satu komuniti yang harmoni.
Penerimaan merupakn sumbangan utama tamadun India kepada dunia. Ini kerana penerimaan terhadap segala kontradiksi adalah perkara yang semangnya harus dihadapi oleh semua dalam menempuh peredaran masa dalam memajukan diri. Kontradiksi bukan sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama dalam dunia realiti kerana berpaksikan kontradiksi, sesuatu kaum akan terus cuba mendalami dengan lebih terperinci akan sesuatu perkara. Setelah menerokai segala kontradiksi yang wujud dalam sesebuah masyarakat, secara automatiknya otak akan berfikir untuk mencari jalan keluar dan penyelesaian positif ke atas perkara tersebut. Bermula daripada kontradiksi umumnya akan melahirkan sebuah tamadun yang unggul.
G.Sivalapan, M.Rajantheran dan R.Rajakrishnan menyatakan bahawa dalam perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi yang terpenting pada Zaman Veda Awal dengan beribu-ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan dilakukan. Lama-kelamaan dewa-dewi ini hilanh kepentingan dan akhirnya lenyap daripada sistem agama orang Indo Arya. Dewa-dewi baru dan pelbagai sistem agama yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan muncul, semuanya menegakkan legitimasi dengan menyatakan bahawa mereka didasarkan pada Veda-Veda. Tradisi India menerima semua ini dengan kepercayaan bahawa mereka ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia politeisme atau monoteisme mahupun Vaisnevisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seoaang Hindu kerana mereka ialah perwakilan simbolik realiti agama yang sama.
Tedapat enam aliran pemikiran falsafah Hindu. Antaranya, Sankhya, Yoga, Nyaya, Vaisesika, Mimamsa dan Vedanta. Sankhya membincangan 25 tattve atau prinsip yang menyumbang kepada penciptaan manakala Yoga menekankan kawalan badan dan pancaindera sebagai cara mencapai pengetahuan benar tentang realiti agung. Nyaya berasaskan logik. Oleh itu, penekanan terhadap pemikiran yang jelas dan logik adalah cara mencapai kegembiraan teragung. Vaisesika menyatakan tentang penciptaan duniawi dari atom dan pelepasan daripada kehidupan duniawi bergantung kepada kebolehan mengidentifikasikan elemen-elemen atomik duniawi. Kuasa undang-undang dalam kitab Veda dibincangkan oleh Mimansa manakala Vedanta mencadangkan kewujudan Roh Mutlak dalam semua benda, dan tujuan kehidupan ialah mencapai penyatuan roh individu dan Tuhan terdapat sekurang-kurangnya tujuh interpretasi seperti dvaita (dualisme), advaita (tanpa dualisme), suddhadvaira (tanpa dualisme secara mutlak), visistadvaita (tanpa dualisme dengan syarat) dan sebaginya.
Sifat toleransi
            Orang India  mula menyedari kelemahan mereka apabila British memperkenalkan pendidikan Inggeris dan pelbagai usaha-usaha dijalankan oleh mubaligh Kristian untuk mempengaruhi pemikiran mereka. Lalu, mereka mangambil tindakan untuk memperbaharui masyarakat. Mereka melihat secara kritis dan dari sudut pandangan rasional dan perkara-perkara yang difikir tidak selaras dengan unsur rasional dan saintifik ditentang. Mereka beransur-ansur menerima pandangan semesta atomistik yang mementingkan persamaan, persetujuan dan keharmonian.
            Dalam pandangan ini, tidak mempunyai unsur-unsur kontradiksi adalah teras utama untuk membolehkan dua perkara wujud bersama. Ini adalah bercanggah denga pendangan sebelum ini. Konsep atau prinsif perpaduan dalam kepelbagaian muala diancam berikutan India terpaksa menghadapi pelbagai tuntutan, termasuk tuntutan untuk memisahkan negara. Oleh yang demikian, sikap, perspektif, kepercayaan dan pemikiran orang India melalui perubahan utama dan mempengaruhi pandangan semesta yang dipegang selama itu. Muncullah pandangan semesta baru dalam minda orang India.
            Pandang semesta baru menyatakan bahawa semua benda mempunyai unsur-unsur semulajadi yang unik dan berbeza. Ditekankan bahawa terdapat perbezaan mutlak antara benda-benda yang boleh wujud secara berasningan atau mengadakan hubungan dengan benda-benda lain. Kemungkinan benda-benda ini boleh wujud bersama sekiranya tidak ada konflik atau penentangan antara mereka. Jelas bahawa, perpaduan sama sekali tidak akan mewujudkan perpecahan dalam sesebuah masyarakat kerana keutuhan yang terjalin akan menguatkan ikatan antara masyarakat.
            Tambahan itu, perbezaan agama, kasta, kawasan dan jantina dilihat sebagai unsur-unsur yang tidak selari dengan idea-idea keadilan dan persamaan. Mereka melihat masyarakat India secra kritis dan melihat ketidaktetapan, kontradiksi dan konflik dalam semua aspek masyarakat sebagai suatu yang harus dipersoalkan dan diubah. Sebagai contoh, perbezaan kasta dan ketidakdsamaan menjadi sasaran pembaharu-pembaharu sosial dari Raja Ram Mohan Roy sehingga ke Ghandi, Ambedkar dan Naicker.
            Sikap menghormati dan berkeyakinan diri seterusnya memawa masyarakat india kepada kebebasan. Kemampuan berfikir dengan baik telah membebaskan India daripada cengkaman penjajah. Toleransi adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan masyarakat dalam sesebuah tamadun adalah baik. toleransi juga mampu melahirkan satu gagasan negara yang berintipatikan masyarakt yang bersatu padu untuk dalam memajukan diri dan seterusnya negara. Sememangnya perkara ini wajar diterapkan dalam diri setiap manusia yang bernama insan.


ﭬﺮﺑﺫﺃ
ﻤﺩﻭﻥﻼﻡﻧﺎﻤﺩﻭﻥ







Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China

1.    Segi Orgasasi Sosial

Dalam tamadun Islam organisasi sosialnya bersifat adil kerana  menegakkan prinsip persamaan taraf. Prinsip ini sememangnya menjadi tarikan kepada golongan hamba yang sering ditindas. Islam telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia. Perkara yang membezakan umat Islam hanyalah amal soleh dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t. bermaksud:  
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah s.w.t.. ialah orang yang paling bertakwa”.
Selain tu, Nabi Muhammad s.a.w. telah memperkenalkan sistem kekeluargaan. Sistem ini menguatkan tali persaudaraan antara manusia yang sebelum kedatangan Islam tidak begitu dititik beratkan. Tambahan lagi, Islam mengetengahkan perundingan dalam menyelesaikan segala kekusutan. Intipati berlawanan, tamadun China mengamalkan organisasi sosial yang diketuai oleh raja yang berkuasa mutlak. Seterusnya golongan Aristokrat, petani dan artisan dan golongan hamba. Raja menduduki kuasa teratas dalam susun lapis masyarakat China. Maharaja pertama dalam Dinasti Chin menggunakan gelaran Huang Ti yang menunjukkan kuasa dan karisma seorang raja yang dianggap hebat sebagai The Great King dan The King of King. Kesimpulannya, tamadun Islam dan tamadun China mempunyai sistem organisasi sosial yang membolehkan mereka memajukan tamadun mereka sejajar dengan peredaran masa.

2.    Pemerintahan dan Pentadbiran

Perkembangan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam mula lahir dalam bentuk paling sederhana dan kemudiannya berkembang menjadi lebih kompleks. Nabi Muhammad s.a.w. adalah tunggak dan asas kepada pembentukan sebuah pemeintahan yang bercirikan Islam. Wahyu diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. sebagai persediaan ke arah mendirikan sebuah negara Islam. Pada dasarnya, wahyu yang diturunkan itu meletakkan garis-garis kasar mengenai asas-asas keadilan pemerntahan bagi seluruh manusia dalam semua keadaan. Apa jua cara yang boleh ditegakkan keadilan, maka ia adalah daripada agama dan tidak bertentangan dengannya. Al-Quran dengan tegas telah menggesa para pemerintah melakukan keadilan. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Nisa’, ayat 58:
Dan apabila kamu menghukum manusia, maka hendaklah kamu berlaku adil.” 
Keadilan ini tidak terpengaruh dengan unsur ikatan kekeluargaan atau kasih sayang, juga tidak terpesong daripada desakan peresaan benci atau permusuhan sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah, ayat 8:
Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu berlaku tidal adil, berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.”
Keadilan yang dimaksudkan bukan sahaja dirujuk kepada rakyat biasa, tetapi juga kepada golongan pemerintah supaya berlaku adil dan bertimbang rasaseperti dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nahl, ayat 90 yang bermaksud,
Sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan kebajikan.”
Islam bukan sahaja mewajibkan ke atas pemerintah untuk elakukan keadilan, tetap juga mewajibkan ke atas rakyat jelata untuk malahirkan taat setia dan patuh kepada pemerintah, selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa ayat 59 yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah, taatilah kepada rasul dan kepada pemerintah-pemerintah daripada kalangan kamu.”
Di samping itu, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud
Hendaklah kamu patuh dan taat, walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba yang hitam, selagi dia menegakkan hukam-hakam Allah dalam kalangan kamu”.
Meskipun Al-Quran dan Hadis tidak menyentuh tentang sistem politik secara terperinci dengan menentukan kaedah atau corak pemerintahan, tentang cara nenegakkan kerajaan dan menerangkan alat-alat pentadbiran bagi kehakiman, ketetnteraan, harta benda dan sebagainya, tetap adalah berpada dengan menyebut prinsip-prinsip umum seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Syura, ayat 38:
Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka.”
Serta dalam surah Al’Imran ayat 59,
Dan mesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu.”
Kaedah dan caranya dijelaskan oleh langkah-langkah Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu mendirikan kerajaan Islam Madinah, kemudian diikuti oleh Khulafa; al-Rasyidin agar manjadi contoh yang baik kepada orang Islam. Manakala bagi tamadun China, negara dirumuskan sebagai satu wilayah yang ditadbir oleh beberapa kerajaan yang dipercayai oleh rakyat dalam peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Persepsi tamadun China menyatakan bahawa negara mempunyai beberapa sifat khusus, iaitu sifat memaksa, sifat monopoli dan sifat merangkum. Sifat memaksa adalh dengan menggunakan kekerasan fizikal secara sah supaya peraturan dan undang undang negara dipatuhi oleh rakyat. Sifat monopoli ialah bagi menetapkan tujuan masyarakat, iaitu menentang satu aliran politik yang bercanggah dengan kepentingan umum. Manakala, sifat merangkum adalah segala peraturan dan undang-undang yang digubal untuk rakyat tanpa pengecualian kepada semua penduduk. Unsur utama bagi sesebuah negara ialah penduduk, wilayah, pemerintah dan kedaulatan. Tujuan utama penubuhan negara adalah bagi mewujudkan kebahagiaan di kalangan rakyat dan mewujudkan keadaan di mana setiap rakyat dapat mencapai secara maksimum. Antara fungsi negara ialah mewujudkan keamanan dan mengelakkan keadaan huru-hara, menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara melalui rancangan pembangunan, mempertahankan negara dari serangan luar dan memelihara dan menegakkan keadilan menerusi badan-badan kehakiman. Negara China merupakan salah sebuah negara yang bersifat empayar. Faktor penting pembentukan negara empayar ini adalah kerana peperangan yang berlaku dalam sesuatu wilayah itu dan negara empayar ini akan berkembang dengan pesat apabila keamanan dapat dipulihkan. Sejarah awal Negara China memperlihatkan kemunculan dan perkembangan beberapa dinasti. Wilayah-wilayah pula berperang sesama sendiri, tambahan pula raja-raja bertindak zalim terhadap rakyat.

3.    Ketahanan dan Pertahanan

Konsep yang utama ditekankan dalam ketahanan dan pertahanan tamadun Islam ialah jihad. Sememangnya, jihad merupakan teras utama yang dipupuk dalam diri semua tentera Islam. Knsep jihad adalah berlandaskan syariat Islam yang menyuruh unmat Islam supaya berjihad ke jalan Allah. Ganjaran bagi golongan yang berjihad adalah yang tertinggi di sisi Allah s.w.t. kekuatan dan ketahanan umat Islam yang utama terletak pada akidah dan kepercayaannya kepada Allah s.w.t.. Dengan akidahlah umat Islam di peringkat awal Islam berjuang hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Di samping itu, Islam pula tidak mengabaikan faktor-faktor lahiriah yang berbentuk fizikal, termasuklah persiapan senjata dan kelengkapan perang. Firman Allah s.w.t.
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa shaja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang tertambat untuk berperang (dengan persiapan itu) kamu dapat menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya.” Surah al-Anfal:60.
 Bagi tamadun China, ketahanan dan pertahanan bermatlamatkan perluasan kuasa. Pertambahan kawasan pengaruh melambangkan kuatnya kuasa sesebuah kerajaan. Selain itu, masyarakat China mempertahankan diri  dan negara mereka dengan sepenuh hati. Mereka mengamalkn peraturan dan undang-undang nenek moyang mereka.

4.    Falsafah dan Agama

Dalam Falsafah dan Agama terdapat beberepa perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Pembinaan Tamadun Islam berteraskan al-Quran dan Hadis. Al-Quran diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. selaku utusan Allah s.w.t., untuk mendalami, mempelajari, mengamalkan kandungan dan menyampaikannya kepada manusia untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Tujuan falasafah dan agama Islam ialah untuk melahirkan ‘insan kamil’ yang bermaksud insan yang sempurna. Insan yang sempurna ialah insan yang beriman, bertakwa dan beramal salih. Agama Islam mengutamakan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia. Ini menunjukkan bahawa hubungan baik dengan keduanya akan menjamin kesejahteraan dan keharmonan hidup. Manakala, Tamadun Cina berteraskan Falsafah Kemanusiaan Confuciansme. Falasafah tersebut diasaskan sendiri oleh Confucius (Kung Fu-Tze). Tujuan Falsafah dan pendidikan dalam Tamadun China adalah untuk membentuk pemikiran dan hati rakyat melalui pendidikan dan pemujukan. Confucius tidak memaksa individu tersebut patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan tetapi menanam nilai-nilai yang baik melalui pendidikan. Pengajaran Confucius menekankan hubungan manusia dengan semangat atau pun roh. Hubungan ini masih diamalkan hingga kini.

5.    Sistem Kekeluargaan

Sistem kekeluargaan dalam Tamadun Islam adalah berpandukan kepada ajaran al-Quran dan Hadis. Al-Quran dan Hadis merupakan rujukan utama untuk membentuk keluarga yang harmoni selaras dengan kehendak Islam. Hubungan kekeluargaan adalah berasaskan hak dan tanggungjawab masing-masing. Ini menunjukkan bahawa agama Islam amat menitik beratkan peranan setiap ahli keluarga untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan antara satu sama lain. Lima hak dan tanggungjawab yang sememangnya wajib diketahui dan dilaksanakan oleh umat Islam. Antaranya, hak dan tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab Isteri, hak dan tanggungjawab Bapa, hak dan tanggungjawab Ibu, dan hak dan tanggungjawab Anak. Bagi tamadun China, penekanan hubungan kasih sayang menjadi teras utama dalam sistem kekeluargaan. Tambahan lagi, dalam tamadun China digariskan hirarki dalam hubungan sesama manusia. Mereka percaya dengan wujudnya hirarki ini akan menguatkan lagi ikatan dan menambahkan rasa hormat antara satu sama lain. Ia juga menggariskan konsep ‘li’ iaitu, hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan kawan.

6.    Kemasyarakatan

Kemasyarakatan dalam Tamadun Islam mementingkan hubungan sesama agama dan hubungan sesama manusia. Dalam agama Islam, setiap individu yang beragama Islam dianggap bersaudara. Dalam hidup bersaudara setiap orang harus bantu membantu dan nasihat-menasihati antara satu sama lain. Bersatu dalam menegakkan amar makruf dan nahi mungkar. Setiap orang bertanggungjawab untuk memastikan keharmonian masyarakat yang berada di sekelilingnya. Walaupun Islam menganggap hubungan sesama Islam adalah bersaudara tetapi Islam tidak menghalang perhubungan antara individu yang berlainan agama. Malah Islam menggalakkan umat Islam untuk menjalainkan hubungan baik dengan mereka. Ini melambangkan bahawa Islam amat mementingkan hubungan sesama manusia walaupun hakikatnya pegangan agama yang dianuti adalah berbeza. Umat Islam bersatu di bawah satu ummah. Manakala, bagi Tamadun China sistem kemasyarakatan adalah banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan China. Dalam tamadun ini pengaruh bapa sebagai kutua keluarga adalah amat besar dan begitu juga kuasa anak lelaki. Pengaruh ini menjadikan masyarakat China begitu terikat dengan [prinsip kekeluargaan dan tidak begitu bebas untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Ini kerana mereka terlebih dahulu perlu menghormati segala keputusan daripada ketua keluarga. Hubungan yang terjalin juga berasakan pertalian darah. Semakin kuat pertalian darah antara mereka, semakin eratlah perhubungan mereka.


ﻜﭭﻧﭡﯿﻌ
ﻤﺩﻭﻥﻼﻡﻧﺎﻤﺩﻭﻥ
1.   Kepentingan Tamadun Islam
2.   Kepentingan tamadun China





1.   Kepentingan  Tamadun Islam
           Orang Islam telah memberi kepentingan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Kepentingan yang paling besar ialah dalam aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang di­takutinya kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sem­purna yang merangkumi roh, akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama mi diamal­kan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai.
           Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se­takat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke­ 18M. Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.
           Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan pe­rang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.
           Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipe­lajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.
           Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.
 Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.

     Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-­karya beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.
 Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah ter­dapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.
 Dalam bidang botani pula, umat Islam memberi kepentingan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh­tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan.
 Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin.
 Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.
 Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sas­tera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-­istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan ba­nyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.


 Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden.
 Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi ta­madun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.


2.    Kepentingan  Tamadun China
Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Sejak awal dalam sejarah China , orang-orang Cina mempercayai bahawa mereka lebih cerdik, beradab dan berkebolehan daripada orang-orang tamadun lain. Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada hal-hal kebendaan. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran menggabungkan bahan-bahan berlainan untuk menghasilkan sebuah jentera yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang secara mudah dan berkesan. Tetapi mereka lebih menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam keadaan harmoni dan keadaan kebahagiaan. Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan (harta benda) tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika ianya boleh memberikan kepuasan hidup dan membolehkan mereka menikmati kehidupan serta mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat mereka.
Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun termurun. Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian yang tersendiri bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang Cina keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam mempertahankan kelangsungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat.Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.
Nilai-nilai keluarga dan konsep lima hubungan dalam sistem keluarga merupakan asas untuk sistem sosial di negeri China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi  budaya Cina iaitu Hubungan antara seorang pemerintah dengan seorang rakyat, Hubungan antara seorang bapa dengan anak lelakinya, Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya, Hubungan antara seorang suami dengan isterinya, dan Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya. Tiga daripada hubungan asas tersebut merupakan hubungan antara ahli-ahli dalam sebuah keluarga.Dua hubungan yang lain(hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh diperluaskan untuk menjadi suatu jenis hubungan "keluarga".Kesemua ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina , Pesta Chap Goh Meh, Kuih Bulan dll.Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan juga diseluruh negeri.
Menurut fahaman masyarakat Cina , suatu perancangan pendidikan yang lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga beradat dan bersopan. Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat -adat kelahiran, perkahwinan, pertuturan dan lain-lain. Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya. Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang diperintahnya.
 Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesama manusia. Ianya dapat menghapuskan permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain.Selain itu, ia berfungsi untuk melanjutkan sistem-sistem sosial masyarakat Cina . Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun. Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen tradisional dan kepercayaan kuno  kerana tanpa kesemua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan pengenalan bangsanya sendiri.
Selama tradisi kesusasteraan Cina, bentuk bahasa yang digunakan adalah Cina Klasik (wenyen). Pada hakikatnya suatu bentuk tulisan yang kurang rigid yang dikenali  sebagai tradisi bukan wenyen sudah wujud disepanjang kewujudan wenyen itu sendiri. Bentuk bahasa bukan wenyen ini digunakan untuk rekod-rekod sastera hiburan bagi masyarakat umum di samping menjadi bahasa-bahasa berseloka antara golongan-golongan terpelajar. Baihua juga dikenali sebagai bahasa vernakular ( bahasa daerah) telah dimajukan oleh tokoh-tokoh Gerakan 4 Mei . Penggunaannya bermula sejak  munculnya manifesto yang dibuat oleh seorang tokoh iaitu Hu Shih pada 1 Januari 1917. Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera baik yang ditulis dalam bahasa vernakular seperti  “ Water Margin”, “ Journey to the West” , “Dream of Red Mansion dan lain-lain karya sastera. Kesemua karya ini merupakan khazanah sastera China tetapi tidak diterima oleh golongan konservatif yang mengagungkan bahasa Cina klasik. Hanya pada zaman akhir Dinasti Ching , barulah muncul tokoh-tokoh seperti Kang Yu-wei, Liang Chi-chao dan Wang Kuo-wei yang berusaha dalam menggalakkan penggunaan bahasa vernakular. Ini merupakan titik permulaan corak sastera klasik Cina menuju  ke arah permodenan tetapi hanya dari segi bahasa dan jenis gaya penulisan sahaja . Pembaharuan dari segi isi kandungan belum wujud. Pada tahun 1918, muncul seorang reformis sastera Cina klasik Lu Xun yang memulakan revolusi sastera dalam penulisan cerpen dengan cerpennya yang pertama dalam koleksi “The Diary of a Madman yang bertujuan mengkritik sistem feudal Cina. Cerpen “Blessings” pula memberi perhatian kepada kaum wanita dengan sistem perkahwinan tradisi yang begitu mengongkongkan. Kepercayaan karut juga sering digunakan untuk mengawasi tindak tanduk wanita seperti:
Menurut Michael Sullivan, manusia boleh mendekati sesuatu tamadun melalui bentuk-bentuk seninya kerana sebahagian daripada reaksi manusia terhadap objek-objek seni adalah secara serta merta.Perkara yang ditegaskan oleh Sullivan ialah karya-karya seni Cina mungkin boleh memberi suatu gambaran tentang nilai-nilai estetika dan juga beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya, Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut. Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta. Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam semesta. Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini. Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya. Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai ” imbangan, gerakan dan bentuk-bentuk yang betul” boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi atau tulisan  huruf Cina.
Keadaan ini juga sama dengan sebuah pantun atau puisi Cina kerana disamping ia disampaikan dengan tulisan-tulisan yang yang cantik, ia juga dihargai oleh masyarakat Cina kerana ia dapat menimbulkan perasaan dan maksud-maksud tertentu seperti nasihat .
Seramik dan tembikar juga merupakan  seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun  merujuk tembikar sebagai “China”. Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu Seramik Seladon ( celadonware) yang berasal dari Dinasti Sung dan Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming. “Seladon” ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China. Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana nilai harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu azimat. Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada Dinasti Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina.
Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat. Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman. Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu lahirlah buku-buku dalam jumlah yang besar. Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga dalah satu lagi ciptaan orang-orang  Cina yang digunakan hingga kini. Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula  luas. Pembinaan semula Tembok Besar  China dan terusan-terusan mengikut nasihat pihak birokrasi yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi faedah negara. Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran pada peringkat permulaan. Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira 125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera. Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk letupan dan  meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas. Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak 1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250 buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap perniagaan laut tersebut.




ﺭﻋﻜﺴﻥ / ﭭﺘﺎ ﻤﻴﻨﺩﺍ



Konsep Pandangan Semesta Tamadun Islam

Konsep Pandangan Semesta Tamadun China
Konsep Pandangan Semesta Tamadun India









Perbezaan antara Tamadun Islam dan Tamadun China
Perbezaan daripada aspek-aspek berikut:











Organisasi Sosial
Tamadun Islam
Tamadun China

Raja berkuasa mutlak
Pemerintahan dan Pentadbiran
Tamadun Islam
Tamadun China
1.    Bermula dalam bentuk paling sederhana dan kemudianya menjadi kompleks;
2.    Berteraskan wahyu;
3.    Keadilan dalam pemerintahan;
4.    Berlandaskan Al-Quran dan Hadis;
5.    Menyediakan perlembagaan pertama dunia.
1.    Negara mempunyai beberapa sifat khusus iaitu sifat  memaksa, sifat monopoli dan sifat merangkum.
2.    Perturan dan undang-undang digubak tanpa pengecualian kepada semua penduduk.
3.    Sebuah negara bersifat empayar;
4.    Berperang sesama sendiri;
5.    Memperkenalkan sistem peperiksaan.

Ketahanan dan Pertahanan
Tamadun Islam
Tamadun China
1.    Mengutamakan konsep jihad.;
2.    Bertujuan menangkis segala kemudaratan dan kerosakan;
3.    Belandaskan syariat Islam.
1.    Meluaskan pengaruh;
2.    Mempertahankan diri dan negara;
3.    Berdasarkan kepercayaan nenek moyang.
Falsafah dan Agama
Tamadun Islam
Tamadun China
1.    Berteraskan al-Quran dan Hadis;
2.    Bertujuan melahirkan ‘insan kamil’.
3.    Hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia;
4.    Utusan Allah s.w.t. : Nabi Muhammad s.a.w..
1.    Berteraskan falsafah kemanusiaan Confucianisme;
2.    Bertujuan membentuk pemikiran dan hati rakyat melalui pendidikan dan pemujukan;
3.    Hubungan manusia dengan roh;
4.    Pengutus: Confucius.
Kekeluargaan
Tamadun Islam
Tamadun China
1.    Islam menyediakan panduan untuk membentuk keluarga;
2.    Hubungan berasaskan hak dan tanggungjawab masing-masing;
3.    Mesti memahami 5 hak dalam hidup bekeluarga.
1.    Penekanan hubungan kasih sayang;
2.    Hirarki kuasa dalam hubungan sesama manusia;
3.    Konsep ‘li’ menekankan kepada lima jalinan hubungan sesama manusia.
Kemasyarakatan
Tamadun Islam
Tamadun China
1.    Mementingkan hubungan sesama agama dan hubungan sesama manusia;
2.    Asas perhubungan adalah hak dan tanggungjawab;
3.    Melihat kepada konsep ummah.
1.    Dipengaruhi sistem kekeluargaan China;
2.    Berasakan hubungan darah;
3.    Pemusatan kuasa bapa atau lelaki amat kuat.











Kepentingan Tamadun Islam dan Tamadun China

Tamadun Islam
Tamadun China
§  Falsafah dan pemikiran
§  Konsep keadilan dalam masyarakat
§  Ekonomi
§  Perubatan
§  Perkilangan
§  Matematik
§  Astronomi
§  Botani
§  Seni muzik
§  Bahasa
§  Ketenteraan
§  Corak pemikiran berasaskan nenek moyang
§  Budaya
§  Warisan
§  Nilai kekeluargaan
§  Pendidikan dan Sistem peperiksaan
§  Sosial
§  Kesusateraan
§  Kesenian
§  Seramik dan tekstail
§  Teknologi


Perbezaan Pandangan Semesta Tamadun Islam dan Tamadun China

Tamadun Islam
Tamadun China
§  Tauhid sebagai asas Tamadun Islam
§  Akidah, syariah dan akhlak sebagai kerangka utama
§  Konsep kehidupan manusia
§  Tian
§  Dao/Tao
§  Yin Yang
§  The Golden Mean atau Chung
§  The Grand Unity atau Datong

















ﺭﻭﻤﻭﺴﻥ








Rumusan

Konklusinya,takrif konsep pandangan semesta suatu  tamadun yang dibincangkan menggabungkan suatu idealisme kesejagatan persepsi tentang perkembangan kehidupan manusia. Antara tamadun Islam dan tamadun Barat tidak terdapat perbezaan dalam menentukan bahawa tamadun adalah pencapaian, perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh kelompok-kelompok manusia. Yang berbeza antara kedua tamadun ini ialah persepsi tentang aspek yang perlu ditekankan oleh tamadun, serta asas, sumber dan matlamat yang di bawa oleh tamadun di sebalik pencapaian tersebut. Islam juga amat mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan umatnya. Ilmu tersebut bukan hanya berkaitan dengan soal akhirat, tetapi juga merangkumi hal-hal keduniaan. Ternyata masyarakat Islam menguasai pelbagai jenis Ilmu pengetahuan termasuklah Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah. Tamadun Islam berjaya melahirkan tokoh Ilmuan terkemuka di dunia termasuklah Ibnu Sina, al-Farabi, al-Khawarizmi, Jabir ibni Hayyan, al-Jahiz, al-Haitham, ibnu al-Baitar dan ramai lagi. Kebimbangan pada pengaruh Islam ternyata mempunyai aspek realitinya di dalam sejarah kerana wujud konflik dalam bentuk ketenteraan dan ideologi, yang menjadi corak penghubung antara dunia kristian dan Islam. Alasan yang sangat kuat mengapa muslim menjadi sasaran adalah kerana Islam satu-satunya peradaban yang menimbulkan ancaman kepada dominasi intelektual dan politik Barat. Jika dahulunya orang-orang Islam bersikap toleransi kepada bukan Islam, khasnya Kristian, tetapi semuanya sudah tidak wujud lagi selepas Perang Salib akibat kekejaman dan keganasan kaum Salib sendiri. Akhir kata, adalah menjadi harapan kita akan berlaku kebangkitan Islam pada zaman moden ini. Untuk itu semua pihak perlu bekerja keras membawa umat Islam keluar dari belenggu kemiskinan, kekacauan, perpecahan, kemalasan, kemunduran dan sebagainya kepada hidup yang lebih positif. (Yusuf al-Qardhawi 1999:251) Ini bertepatan dengan maksud ayat al-Quran Surah al-Ra’d ayat 11 yang membawa maksud:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.“












ﺭﺠﻭﻋﻜﻥ










Rujukan

Buku:

Abu Al-Fida’ Al-Hafiz Ismail Ibn Kathir.(2005). Sejarah Tamadun Islam Ibn Khatir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amir A.Rahman. (1991). edisi 2. Pengantar Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, (TITAS). Selangor: Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti.
Hj.Ahmad Fauzi & A.Tarmizi. (1997). edisi 6. Tamadun Islam. Kuala Limpur: Universiti Putra Malaysia,.
Jamil, Z.H. & Yunus A. (2006). edisi 1. Modul Titas: Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Jabatan TITAS, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UPSI. Kuala Lumpur: Prospecta Printer 5 Sdn.Bhd.
Lok, Chong Hoe. (1998). Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau Pinang: USM.
Mahayudin Hj Yahaya (1998). Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayudin, 2001, edisi 2, Kursus Komprehensif Fajar Bakti Tamadun Islam, Fajar Bakti Sdn.Bhd, Selangor.
Mohd Sukki & Wan Muhammad. (2001). Sejarah Kertas 940/1 Tamadun Islam. Selangor : Pustaka Sarjana Sdn. Bhd.
Rajakrishnan,R & Rajantheran, M. (1994). Pengantar Tamadun India.  Kuala Lumpur:  Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet:

Amini Amir Abdullah, Dr. (2001). Kekuatan Tamadun Islam dan Asia. Daripada  Utusan Malaysia 04 Mei 2001, http://www.tripod.com.my